Halaman

Khamis, 31 Mei 2012

nak kenal note kat gitar

Pertama sekali, korang kena tau yang dalam skala muzik (muzik style barat) ade 7 huruf sahaja yang digunakan untuk menamakan pitch-pitch. A, B, C, D, E, F, G. Simple enough, remember that takde huruf H, I, J.... Kalau susah nak ingat, ingat nama band "Def Gab C". So, huruf-huruf ni la yang dipanggil note, sebagai cara untuk kita label pitch (kelangsingan bunyi).

Kat gitar pon sama. Antara note C dan D, D dan E, F dan G, G dan A, A dan B, semuanya ada satu fret yang takde label. Sebenarnya, antara C dan D, fret keempat tu, terdapat note C Sharp (C♯ atau C#). Note tu juga dipanggil D Flat (D♭ atau Db). C# ialah Enharmonic Equivalent of Db. Enharmonic Equivalent ni maksud dia bunyi (pitch) sama, nama jek lain. Walaupon note tu bunyi (pitch) dia sama, tak bermakna kita boleh suka hati jek nak panggil dia C# atau Db. Nanti lain hari aku kasi tau kenape. But for the time being, takpa kalau nak panggil dia C# ke, Db ke.

Sharp ni maksud dia ialah satu half step atas note yang disharpkan tu. Dalam gitar, half-step tu jarak dia satu fret. Whole step pulak jarak dia dua fret.

Flat pulak maksud dia ialah satu half-step bawah note yang diflatkan.

Tanda Sharp dan Flat juga dipanggil Accidentals. (Bukan bermaksud kesilapan, macam "eksiden").

So, kalau aku sebut note G# dalam 5th string, jawapan dia fret ke berapa? 11? Betul. Antara note G dan note A.

Kalau note Bb pulak kat mana? Kalau jawapan ko fret ke 13, betul.

So, hopefully by now korang dah paham ape itu sharp, ape itu flat. Sometimes sharp dan flat ni musicians gunakan bila cakap pasal tuning. Kalau orang tu kata "tali E ko ni tak tune, sharp sangat bunyi dia". Apa yang dimaksudkan bukanlah tali ko tu sampai half-step above the correct pitch, maksud dia cuma tuning tu tinggi dari tuning yang betul, walaupon sikit. So, jangan confuse the usage of the term sharp and flat.

Note A yang dekat fret 12 tu ialah satu Octave lebih tinggi dari open string A. Note A yang dekat fret 24 pulak satu octave lebih tinggi dari yang kat fret 12, dan dua octave lagi tinggi dari open A. Note lain pon camtu gak. Contohnya note D yang fret 5 satu octave lebih rendah dari yang kat fret 17. Jarak satu octave ialah 12 half-steps (12 fret kat gitar).



So, hopefully by now korang dah paham sket pasal note dalam muzik. Kalau tak tau bab ni susah sket nak paham bab scale, key, chords

Tiada ulasan:

Catat Ulasan